Tuesday, 24 November 2015

Panduan Khas Malam Pertama Pengantin Baru

 


Sudah tentu ramai yang tercari-cari di internet tentang panduan khas malam pertama sebagai pengantin baru. Pasangan pengantin baru yang baru berkahwin memerlukan sedikit panduan malam pertama pengantin baru. Panduan malam pertama pengantin akan memberikan sedikit gambaran mengenai keadaan yang perlu dihadapi dan cara untuk menghadapinya. Kebanyakkan pengantin sudah bersedia ke arah ini, namun ada juga pengantin yang belum bersedia dan memerlukan panduan malam pertama pengantin untuk menambah keyakinan dan semangat diri.
 
Berikut dikongsikan Panduan Malam Pertama Pengantin untuk mereka yang bakal mendirikan rumahtangga dan melayari bahtera keluarga suami dan isteri
Malam Pertama Pengantin Baru Merupakan Pengalaman Indah Setiap Pasangan Suami Isteri

Malam pertama adalah malam yang paling dinantikan oleh setiap pasangan pengantin baru.Satu pengalaman yang selama ini hanya mereka dengar atau baca dari buku atau sumber lain, kini benar-benar akan mereka alami sendiri. Pasangan muda khususnya gadis kebanyakkannya belum mengetahui apa yang harus dilakukan saat menghadapi malam pertama. Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika melayari malam pertama.

Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna, dalam debar mereka biasanya tidak sabar untuk mengalami sendiri peristiwa yang akan diingati seumur hidup. Sikap terburu-terburu pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat yang sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama pengantin baru berlangsung dengan penuh nikmat. Ada beberapa perkara harus diberi perhatian seperti berikut: Panduan malam pertama pengantin ini adalah sebagai sekadar penjelasan untuk memberi sedikit pengetahuan untuk pasangan pengantin menghadapi saat malam pertama.

1. Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda untuk menghadapi malam pertama, khususnya kaum wanita? Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangun awal untuk persiapan hari perkhawinan. Maka ada baiknya jika suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan’aktiviti seks malam pertama pengantin’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan. Sekiranya pasangan kepenatan,apa salahnya menunggu keesokan harinya, Setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama.

2. Apakah anda sudah benar-benar siap sedia untuk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimum kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baharu. Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi, maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yang bakal dilalui.

3. Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baharu yang perlu dipelajari lebih lanjut. Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai,anda hanya mendengar,kali ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut. Jadi sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yang memadai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan untuk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yang berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yang lebih lama. Sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.

4. Apakah anda telah tahu tentang ‘errogenous zone’(bahagian tubuh yang sensitif terdadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak. Namun bagi isteri untuk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tentu jauh lebih mudah.

5. Jangan makan berlebihan. Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul dibahagian perut anda utk membantu proses percernaan makanan.akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yg dikehendaki dan seterusnya yg membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

6. Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yang mendalam. Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri.Untuk itu,pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yang ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya.

Demikianlah tadi sedikit perkongsian tips, petua, cara bagaimana dan panduan malam pertama pengantin baru.

Saya mendoakan moga kekal sampai ke anak cucu..amin