Terdapat beberapa petua yang boleh
diamalkan untuk dapatkan anak lelaki. Walau bagaimanapun segala
ketentuan atas kehendak Tuhan. Kita hanya mampu berusaha.
1. MELALUI PEMAKANAN
Hasil kajian Prof. Roger Hanrion,
seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang
pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris,
mendapati:
i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram
ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu
Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang
menagamalkan pemakanan mengikut pertua diatas, peluang untuk mendapat
anak yang dihajati adalah diantara 75 – 80 peratus. Tetapi apabila
ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan,
hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus
2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG
Waktu tidur boleh diketahui dengan cara
mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu
pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu
badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu
badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan
cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf
berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini
jantina anak boleh ditentukan, iaitu:
i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur
ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.
Keadaan ini terjadi kerana di dalam air
mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan
X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja.
Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan
maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih
lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan
menghasilkan XY iaitu anak lelaki.
Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan
pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat
hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak
perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.
3. TAHAP KEASIDANAN
Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.
i. Untuk mendapat anak perempuan cecair
berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita
membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan
persetubuhan.
ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula,
cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan
supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali
sebelum melakukan persetubuhan.
4. TAHAP KEPUASAN ISTERI
Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:
i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri
perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan
cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam
keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.
ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula,
isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan
berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.
Namun begitu semua yang berlaku adalah
kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan
petua-petua di atas adalah diantara 70 – 80 peratus, mengikut Prof. Dr.
Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan.