Thursday 19 November 2015

Petua Malam Pertama Pasangan Pengantin

 

Malam pertama seharusnya menjadi rasa paling indah bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan, didapati perasaan takut, cemas, khuatir, malu dan gugup menjadi antara penyebab wanita tidak dapat menikmati sepenuhnya keasyikan malam pertama mereka.

Berbeza dengan lelaki yang menjadikan malam pertama sebagai ‘gelanggang’ untuk membuktikan kejantanan mereka, wanita hanya mampu ‘berserah’. Biarpun rela, namun perasaan takut yang menguasai diri menjadi penyebab berlakunya penolakan sewaktu proses penetrasi berlangsung. Kesannya, si isteri mengalami kesakitan  sehingga berasa trauma untuk mengulangi fasa percintaan sekali lagi.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa ketidaksediaan seseorang wanita dalam menjalin hubungan intim boleh menyebabkan otot-otot di sekeliling vagina mengejang.Bukan itu sahaja, cairan vagina turut mengering dan saraf-saraf menjadi sangat sensitive sehingga wanita tidak bersedia menerima penetrasi.

Selain itu, rasa sakit sewaktu berhubungan intim juga boleh terjadi disebabkan oleh tindakan pasangan yang terlalu ghairah mencuba pelbagai variasi hubungan seksual yang dirasakan sangat menyeronokkan. Tanpa sedar, keterujaan tersebut menyebabkan vagina pasangan terkoyak sehingga pendarahan serius berlaku.

Situasi ini juga turut sama berlaku kepada pasangan yang kerap menjalinkan hubungan intim.

Meskipun pasangan bersedia dan tidak mengalami masalah lubrikasi namun, kesan sakit pasti akan dirasai setiap kali menjalinkan hubungan intim. Bagaimanapun, usah bimbang kerana sekiranya anda memberikan sedikit masa pada tubuh, ia akan sembuh secara semula jadi.

Realitinya, seks pada malam pertama tidak selamanya menyakitkan. Jika dilakukan dengan teknik dan cara yang betul, rasa sakit yang dialami akan berubah menjadi sesuatu yang lebih ‘indah’ dirasai.

BAGAIMANA MENGURANGKAN RASA SAKIT??

Rasa sakit sewaktu melakukan hubungan intim sebenarnya boleh dikurangkan jika kedua-dua pihak saling memahami. Sebagai isteri, anda berhak menyuarakan pendapat meminta pasangan supaya tidak tergesa-gesa melakukan penetrasi.

Bagi mendapatkan kepuasan hubungan intim yang maksimum,aturlah posisi permainan yang selesa dan menyeronokkan. Mulakan dengan aktiviti foreplay (pemanasan) ringan seperti memeluk, mencium dan mengurut.

Langkah sebegini secara tidak langsung membantu wanita menjadi lebih tenang, relaks dan mudah teransang. Selain itu, cara ini juga dikatakn dapat membantu mempercepatkan pengeluaran cairan lubrikasi sekali gus memudahkan proses penetrasi.

INFO MALAM PERTAMA:

1.SELAPUT DARA BUKAN BUKTI KEPERAWANAN

Pecahnya hymen (selaput dara) saat menjalin hubungan intim malam pertama pada kebanyakkan wanita lazimnya dilihat melalui keluarnya darah dari liang faraj. Bagaimanapun tanggapan ini tidak boleh diterima pakai kerana bukan semua wanita akan mengalami situasi yang sama pada malam pertama mereka.

2.CEPAT MENGALAMI EJAKULASI

Bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya lelaki cepat mengalami ejakulasi pada malam pertama mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka berasa teruja sehingga mengalami ghairah seksual yang tinggi dan sukar dikawal.