Thursday 19 November 2015

Penyebab Berlaku Putus Haid atau Monopause

 

Ramai tercari-cari umur sebenar wanita itu putus haid atau dikenali sebagai monopause. Purata umur berlakunya menopause ialah 51.2 tahun. Ini bermakna setengah dari kesemua wanita akan mula berhenti mengeluarkan haid sebelum umur ini dan setengah lagi akan mula berhenti mengeluarkan haidnya selepas umur ini. Kira-kira 8% wanita akan mengalami putus haid sebelum umur 40 dan kebanyakannya akan mengalaminya pada umur 58 tahun.


Penyebab putus haid awal (kurang dari 40 tahun) ialah :

* pembedahan pembuangan ovari
* terapi radiasi ke atas ovari
* beguk
* pengurangan kromosom
* malnutrisi teruk
* penyakit autoimun
* merokok

Wanita juga boleh mengalami putus haid lewat, iaitu selepas umur 55 tahun. Jika ini berlaku, pastikan anda membuat ujian Pap Smear, pemeriksaan pelvik, mammogram dan pemeriksaan buah dada yang kerap. Doktor anda haruslah tahu yang anda masih mempunyai haid. Ini adalah kerana kadang-kadang, pendarahan abnormal dari vagina boleh berlaku.

Selain itu, wanita yang merokok menopause 2 tahun lebih awal berbanding wanita yang tidak merokok. Secara amnya, masa untuk wanita mencapai menopause berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Ianya tidak bergantung pada bangsa, kelas, mengandung atau tidak, menyusukan anak atau tidak, corak kesuburan, penggunaan pil perancang, ketinggian, umur semasa kedatangan haid pertama atau umur semasa mengandung kali terakhir.

Adakah Terdapat Sebarang Ujian Untuk Memastikan Putus Haid ?

Simptom-simptom yang dialami tidak semestinya menandakan seseorang wanita itu telah mengalami putus haid. Salah satu cara untuk memastikan sama ada anda putus haid ialah dengan menyukat paras FSH. Ini kerana apabila ovari gagal menghasilkan estrogen, paras FSH meningkat akibat rangsangan pituitari untuk penghasilan estrogen. Jadi, paras FSH yang tinggi adalah suatu bukti yang menunjukkan bahawa anda telah putus haid. Doktor anda akan memberitahu sama ada anda mengalami pra-menopausal atau menopause apabila melihat keputusan ujian ini.