Thursday 19 November 2015

Petua Terbaik Ghairahkan Suami

 

Suami dingin berkemungkinan  berpunca dengan si isteri itu sendiri yang menyebabkan suami tiada selera atau nafsu. Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh pasangan dalam menjalin hubungan yang hangat dan mesra? Bagaimana sentuhan yang digemari olehnya? Sebenarnya di sebalik tubuh yang gagah perkasa, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian. Teliti panduan berikut dan lihatlah sejauhmana ia mampu menghangatkan malam anda berdua.

Elakkan Berbogel.
 
Sekurang-kurangnya memakai selapis pakaian yang nipis dan jarang. Kehalusan fabrik yang menyentuh kulitnya akan memberi sensasi yang luarbiasa pada pasangan.


Rambut Terurai Pembangkit Ghairah
 
Terutama apabila anda berada di atas tubuhnya. Rambut yang terbiar terurai akan menyapu tubuhnya dengan perlahan lantas membangkitkan ghairahnya.


Senyap Itu Indah
 
Tidak ada yang lebih menghairahkan seorang lelaki melainkan apabila melihat pasangannya membuka pakaian mahupun butang baju secara perlahan-perlahan dan tanpa sepatah bicara. Diiringi dengan senyuman mesra, dia tidak sabar-sabar  menarik anda dalam pelukannya.


Sentuh Putingnya
 
Lelaki juga akan terangsang apabila bahagian ini disentuh. Usap dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat. Ghairahnya tidak terperi.


Hadiah Sensasi
 
Wanita dapat merangsang keinginan lelaki dengan membakar mata mereka melalui ‘hadiah’ yang diberikan. Bekas cakaran atau gigitan yang anda tinggalkan ditubuhnya akan membuatkan mereka terkenang kepada anda. Juga meninggalkan pakaian dalam seksi di tempat tidurnya akan membangkitkan kembali keghairahannya.


Zon Yang Menggetar
 
Kulit bahagian dalam paha wanita mampu merangsang lelaki kerana iannya lembut dan mempesonakan. Apatah lagi apabila disentuh, kesannya membuat wanita kegelian. Ini menjadikan lelaki merasa lebih ‘macho’.


Zon Rangsangan : Telinga
 
Telinga mampu merangsang lelaki. Caranya mudah saja. Hujung lidah anda digerakkan dengan lembut dibahagian luar cuping telinga pasangan. Gerakkan lidah naik turun dibahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan secara perlahan-lahan. Lelaki akan sedar bahawa kita menyayanginya.


Sentuhan Penuh Ghairah
 
Kelembutan sentuhan wanita menjadi harapan setiap lelaki. Kucupan yg lembut dan usapan yg halus menggunakan hujung jari mampu menggoda lelaki. Sentuhan ini termasuklah bahagian leher, lengan dan paha lelaki.


Bangkitkan Suasana Romantis
 
Lelaki dan wanita ketika bersama memerlukan suasana yg romantis. Selain lilin dan alunan lagu klasik yg mendayu, suasana ini dapat dihidupkan dengan pemakaian bau-bauan seperti minyak wangi pheromone, wangian aromaterapi, losen yang harum dan selendang lembut yang dibiarkan menyentuh kulit lelaki. Ini pasti membuatkan suasana menjadi lebih romantis.


Pandangan Mempesona
 
Tatapan yang mempesonakan dan penuh perasaan kasih sayang terhadap lelaki cukup untuk menggambarkan perasaan wanita terhadapnya. Tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi pandangan tersebut adalah pandangan yang penuh keikhlasan, redup dan penuh pesona. Cukup utk membuatkan lelaki bahagia.


Membelai Rambut
 
Lelaki akan merasa lebih disayangi sekiranya wanita pandai membelai rambutnya. Senang saja. Apabila duduk bersama, wanita jangan malu untuk membelai rambut pasangannya. Belailah rambutnya secara perlahan dengan menggunakan hujung jari bermula dari dahi hingga ke belakang leher.


Mengintip Membangkit Nafsu
 
Perbuatan mengintip merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya. ia tidak disedari oleh wanita bahawa dorongan seks lelaki disebabkan oleh rangsangan yang ditimbulkan secara visual terutama ketika wanita sedang mengenakan pakaian mahupun ketika selesai mandi.


Hembusan Nafas
 
Jangan tidak percaya bahawa hembusan nafas anda yang hangat akan merangsang si dia. Sentuhkan bibir anda secara perlahan di bibir atau punggungnya. Hembusan nafas anda yg hangat akan membuatkan si dia tidak sabar untuk mendakap anda.


G-Spot
 
Bukan sahaja wanita, lelaki juga mempunyai zon G-Spot yg tersendiri. Carilah di mana kawasan yg dimaksudkan. Pasti hubungan antara anda dan si dia akan bertambah erat.


Elak Menyentuh Kelemahannya
 
Untuk mengelakkan lelaki merasa kurang yakin terhadap diri sendiri, jangan sentuh kelemahan yang ada ditubuhnya. Tumpukan perhatian anda pada bahagian tubuh seperti bahu, punggung atau bahagian lain yg menjadi kebanggannya.


Secepat Kilat
 
Bila ingin membuat lelaki cepat ghairah, sekali-sekala bolehlah anda mengambil tindakan yg agak agresif, agak kasar dan ‘macho’. Tarik si dia ke sofa dan bertindak secepat kilat.


Membuat Kejutan
 
Lelaki akan mudah mengagumi anda sekiranya anda sentiasa membuat kejutan dari masa ke semasa. Ini termasuklah membuat perubahan dari segi penampilan. Jika di tempat tidur, buatlah perubahan dari segi pemakaian. Sesekali kenakan pakaian yg jarang. Anda boleh juga memakai pakaian yg singkat dan seksi.


Hadiah Sensasi Sentuhan
 
Di Tubuh Mampu Menaikkan Nafsu Sentuhlah betisnya dengan hujung kaki anda. Pada waktu yg sama, belai tangannya dengan jari-jari tangan anda