
1 - Mandi pagi
sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
waktu pagi air nya sejuk air yang meresap kedalam badan boleh
mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalkan
mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.termasuk lah mengamalkan senaman
awal pagi.
2 - Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3 - Waktu sembahyang
subuh (pagi) disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya
seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau
migrin.
Ini terbukti oleh para saintis yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains
telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di
kepala yangg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan
mengalir ke ruang berkenaan.
4 - Dalam kitab juga
ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Ia dikhuatiri akan
cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana
dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi
ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tindakan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5 - Nabi juga mengajar
kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu
juga ahli sain telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung dicelah
jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis
alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).