Monday 2 November 2015

Pesan Ustaz Kat Atok, Nak Dapat Anak Cuma Ada Satu Syarat


Dikurniakan cahaya mata adalah satu anugerah yang tidak ternilai di mana ia menjadi idaman setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Adakalanya terdapat pasangan yang lambat memperoleh cahaya mata dan mereka berikhtiar pelbagai cara untuk mendapat anak yang merupakan kurniaan terindah ini dan yang amat menduka citakan ada yang berfikiran pendek membuang anak hasil dosanya.

Namun yang pasti, itu hanya segelintir di mana sebahagian besar pasangan di Malaysia ini menghargai pemberian ini, malah ada yang tidak ada anak sanggup mencari anak angkat dan adakalanya sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk mendapatkan anak angkat.

Disini kami ingin kongsikan kepada pembaca satu tips yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Mizan As-Syatirie di mana dia mendapat rahsia untuk mendapatkan anak cepat.

Berikut adalah kisahnya.

Coretan Malam

Dulu, hampir 8 tahun atok dan isteri tiada zuriat. Boleh dikatakan setiap bulan bila nampak isteri tak solat, atok tahu dia tengah uzur. Maksudnya, tak sangkut lagilah.

Mula-mula itu memang terasa. Lama kelamaan sudah menjadi biasa. Tidak mengharap langsung pun. Setakat orang tanya-tanya ini, kami buat bodoh saja. Lantaklah nak tanya apa pun, paling tinggi kami senyum saja. Kalau jawab, kasar bunyinya nanti.

Mula-mula dulu kalau pergi Parkson, memang elakkan lalu di bahagian baju budak-budak. Janggal. Selepas itu kami ubah cara kami, kami belek-belek baju comel itu. Kami masuk kedai baby berangan macam ada anak sendiri. Sehinggalah suatu hari isteri kata dia nak beli baju-baju itu. Nak dihadiahkan kepada anak-anak buah.

"Suka hati awaklah,"

Daripada baju, mainan sampai ke barang kemas dia belikan. Suka dia bila tengok anak buah dia bergaya. Dia kalau nampak ada baby kecil, tak kira anak siapa pun, dia akan bagi duit 'tilik bayi'. Paling sikit RM5, ambil berkat katanya. Atok pula, kalau pergi 7 Eleven ke, ada budak-budak dengan mak bapa dia nak beli jajan, kalau waktu itu ada duit lebih, atok akan bayarkan. Lepas itu pegang kepala budak itu untuk ambil berkat. Kata orang, budak memang tak tahu nak mendoakan kita lagi tetapi mereka ini suci dan tiada dosa. Malaikat akan mendoakan kita bagi pihak dia.

Selepas itu, bermacam-macamlah ikhtiar yang telah kami cuba termasuklah buah zuriat daripada Mekah, berurut sana sini, jamu itu, jamu ini, supplement itu, supplement ini, pergi jumpa ramai gynea tapi nan hado!

Selepas itu, ada seorang ustaz ini memberitahu atok kalau nak cepat dapat anak, satu saja syaratnya, isteri kena betul-betul rasa bahagia. Jangan marah-marah dia, kena manjakan dia.

Dengan rasa terpaksa (hehe!), atok mula memanja-manjakan isteri gile-gile. Orang perempuan ini adat ler. Bila kena manja, kadang-kadang kepala itu jadi besar sikit. Tapi atok sabar saja dan layankan saja. Daripada terpaksa, lama kelamaan menjadi rela sebab bila isteri ini berasa bahagia, dia akan layan suami dia macam raja. Atok juga yang beruntung.

Alhamdulillah, Allah hadirkan budak kuntet seorang ini dalam hidup kami. Bermulalah episod kami bertiga pula setelah sekian lama hidup berdua.

Jadi kepada pasangan yang masih menanti zuriat, inshaAllah rezeki korang. Ikut sajalah petua-petua ini eh.