![]()  | 
| Cara Bahagiakan Pasangan Anda | 
Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 
100% pasti apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda?
Anda perlu ingat 
ketika “bersama”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kepada 
pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu 
“memuaskan”suami sepenuhnya.
12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.
1) Berani berinisiatif
Selalunya terjadi 
ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang 
daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana 
kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif 
walaupun mereka teringin untuk melakukannya.
Sepatutnya dalam 
kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus 
berani mengambil inisiatif kerana cara begini akan membuat suami 
gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami untuk ‘bersama’.
2) Menghias Diri
Apabila ingin 
‘bersama’, isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala 
kadar saja. Penampilan yang menarik akan menambah semangat suami untuk 
‘bersama’. Oleh itu, sebelum ‘bersama’, mandilah terlebih dahulu, 
pakailah pakaian yang bersih dan menarik lagi seksi. Juga sembur sedikit
 bau-bauan agar anda berbau harum.
3) Rapikan Kamar Tidur
Sebelum ‘bersama’, 
rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian 
yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan 
yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar 
ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi 
secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk ‘bersama’ 
dengan anda.
4) Bersifat Aktif
Cumbuan adalah antara 
aktiviti permulaan untuk ‘bersama’. Ia tidak boleh dipandang remeh 
kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Samada 
suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif.
Sayangnya, dalam 
perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan
 menyerah. Agar suami cukup ghairah, isteri perlu bersikap aktif 
melakukan rangsangan di tempat-tempat sensitif.
5) Penuhi Kehendaknya
Ketika ‘bersama’ 
isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering 
menimbulkan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan 
mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda 
melakukan diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi 
isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas malah perasaan sayang 
akan semakin kuat.
6) Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu 
melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami 
merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dengan 
berbagai gaya.
7) Bersikap Sopan
Ketika ‘bersama’, isteri jangan sesekali
 bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yang sopan. Sikap 
sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk ‘bersama’.
8)Tidak Mengungkit Kelemahannya
Jangan sesekali mengungkit kelemahan 
suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yang agak kecil atau 
pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.
9) Tidak Mengeluh
Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk ‘bersama’ menurun.
10)Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yang suka berbual. 
tetapi perkara ini jangan diamalkan ketika anda dan suami anda sedang 
‘bersama’. Sebab hal ini akan menyebabkan kurangnya tumpuan suami dalam 
menikmati hubungan ‘bersama’ anda.
11) Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu 
kemestian dalam bercinta, katalah isteri tidak suka apa yang dilakukan 
oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus 
terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap 
yang begini akan menambahkan semangat suami ketika ‘bersama’.
12) Beri Pujian
Setelah selesai ‘bersama’, jangan lupa 
untuk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dengan pujian suami akan 
berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jangan dicela. Dengan 
cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri 
cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih 
baik lagi di masa akan datang.
