6 Petua Menghilangkan Buasir Yang Mujarab
Situasi ini memang normal kerana buasir terjadi pada anggota badan
yang sangat privasi. Hendak tunjukkan pada doktor pun terpaksa tebalkan
muka. Namun sebab menanggung sakit, tahankan sajalah.
Macam mana boleh kena buasir?
Buasir terjadi apabila saluran darah venus mengembang dan membengkak
di sekitar dubur. Terdapat dua jenis buasir. Jika terjadi dalam bahagian
rektum, ia dipanggil buasir dalam.
Biasanya ia tidak menyakitkan manakala buasir luar, berlaku di luar
pembukaan dubur dan selalunya menyakitkan terutamanya sewaktu meneran
serta menimbulkan rasa gatal hingga semuanya serba tidak kena.
Hanya orang mengandung atau hamil sahaja?
Wanita mengandung sering mengalami masalah ini kerana rahim yang
semakin membesar menekan perut dan saluran venus di kawasan dubur.
Begitu juga pada mereka yang duduk dan berdiri dalam jangka masa yang
lama. Berat badan berlebihan, cirit-birit yang teruk dan sembelit juga
jadi faktor penyumbang.
Mesti anda tercari-cari cara untuk sembuhkan atau kecutkan buasir bukan? Ikuti tips di bawah ini:
Petua menghilangkan buasir
1. Ubah corak pemakanan
Utama sekali, anda perlu ubah corak pemakanan. Ambil makanan yang
tinggi serat seperti buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran setiap hari.
Lembut dengan kandungan air yang banyak, anda tidak akan alami lagi
masalah najis keras sehingga menyebabkan sembelit.
2. Minum air dengan kerap
Cairan dalam badan membantu mengelakkan masalah sembelit.
3. Jangan berdiri atau duduk terlalu lama
Ini kerana ia memberi penekanan pada perut dan salur darah. Sesekali
rehatkan diri agar otot perut juga dapat berehat. Lakukan senaman dengan
kerap agar semua otot badan dapat meregang dengan sihat.
4. Jangan meneran dengan kuat
Ingat, elak meneran dengan kuat kerana ia memberi tekanan pada
saluran venus di kawasan dubur. Tekanan yang kuat menyebabkan ia bengkak
dengan cepat.
5. Jangan tahan berak
Jika terasa ada keinginan untuk membuang air, jangan tahan atau
melengah-lengahkannya. Najis akan jadi kering dalam dubur dan susah
untuk dikeluarkan.
6. Jangan lengah mendapatkan rawatan
Ini kerana buasir boleh menyebabkan komplikasi seperti tisu mati dan
lemah anggota badan akibat tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya.