
Kebanyakan individu mengalami
peningkatan berat badan selepas sebulan meraikan Syawal. Lantaran sikap
kurang mengambil perhatian dalam soal pemakanan saat menhgadiri rumah
terbuka dan berhari raya, kesihatan seksual khususnya bagi kaum Adam
boleh terjejas apabila berat badan meningkat. Ini adalah kerana menurut
kajian, lelaki mempunyai berat badan yang berlebihan dilaporkan
mengalami masalah seksual seperti kesukaran mendapat ereksi.
Situasi ini boleh menyebabkan lelaki
‘dingin’ di ranjang atau mengelak hubungan seksual disebabkan keinginan
yang kurang dan lemah syahwat serta sukar ereksi. Menurut satu kajian
yang pernah dibentangkan oleh The North American Association lelaki
obsess adalah lebih 25 kali ganda melaporkan masalah seksual berbanding
lelaki yang mempunyai berat badan yang normal.
Hakikatnya, masalah ini bukan sahaja
menyentuh isu fiziikal malahan ia juga melibatkan isu psikologi
termasuklah penampilan diri dan rasa bimbang dengan kekurangan diri
sewaktu ‘beraksi’. Justeru, lelaki tang meningkat berat badan perlu
memandang serius soal in dan mengambil langkah untuk memperbaiki masalah
kesihatan seksual yang boleh menjejaskan hubungan suami isteri jika
dibiarkan berlarutan.
OBES JEJAS FIZIKAL DAN PSIKOLOGI
Dalam satu kajian yang melibatkan 928
lelaki dan wanita yang obes dengan purata BMI (BODY MASS INDEX) lebih 40
tersebut telah diberi satu kaji selidik dimana hampir 65 peratus
mengaku mempunyai masalah seksual termasuklah :
#Lemah syahwat, masalah kemampuan beraksi dan fungsi lalu mengambil tindakan dengan mengelak hubungan seksual
#Kurang keseronokan sewaktu melakukan hubungan seksual berbanding lelaki yang mempunyai berat badan normal.
#Tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.
Menurut laporan kajian Martin Binks,
pengkaji dan psikologis Kesihatan Tingkah Laku di Duke Diet &
Fittness Center, Duke University Medical Center, hakikatnya isu ini
bukan soal mendapatkan rawatan untuk mengurangkan berat badan sahaja,
segelincir orang yang obes turut mengalami kesan psikologi. Lazimnya,
mereka mengambil sikap mengsingkan diri sedangkan mereka perlu bertindak
dan menurunkan berat badan untuk memperbaiki kualiti hidup dan
kehidupan seksual. Malah, pengkaji mengesahkan menerusi pemerhatian
klinikal, kebanyakan lelaki obes menghadapi isu gaya hidup dan kepuasan
seksual.
BERAT BADAN TURUN, LIBIDO MENINGKAT
Satu kajian yang dilaporkan dalam
Journal of Sexual Medicine yang dilakukan ke atas kalangan lelaki obes
dengan diabetes jenis 2 yang menunjukkan kesihatan seksual golongan
tersebut bertambah baik apabila mereka menurunkan berat badan.
Pemakanan seramai 31 lelaki obes dengan
diabetes jenis 2 dalam kajian tersebut diganti dengan pemakanan rendah
kalori atau rendah lemak, tinggi protein di mana pemakanan
berkarbohidrat dikurangkan untuk pengambilan kalori sebanyak 600 kalori
sehari.
Berdasarkan kajian tersebut penurunan
berat badan sebanyak lima peratus dilihat dapat mengurangkan masalah
disfungsi ereksi dan menambah keinginan seksual dan ereksi dalam tempoh
lapan minggu termasuklah masalah masalah urin seperti jangkitan saluran
kencing.
Malahan ia juga menunjukkan perubahan di
dalam gaya hidup yang turut memberi kesan yang positif kepada fungsi
seksual seseorang. Biarpun kaedah pengambilan ubat untuk mengatasi
masalah fungsi seksual polpular, kini masyarakat perlu tahu bahawa
menurunkan berat badan merupakan kaedah terapeutik tanpa kaedah ubat
yang Berjaya memperbaiki masalah ereksi dan kesihatan kardiovaskular