
Rahim adalah anugerah Tuhan kepada
setiap wanita. Di dalam organ inilah, ‘benih’ cinta antara pasangan
suami isteri bersatu, membesar selama 40 minggu sebelum lahirnya ‘buah
cinta’ yang menjadi pengikat kasih sayang antara dua hati.
Sebagai organ yang mempunyai fungsi
‘ajaib’ untuk melahirkan cahaya mata, pastinya tugas berat tersebut
sedikit sebanyak membebankan dan boleh mendatangkan masalah jika tidak
kena gayanya. Misalnya, masalah rahim jatuh atau peranakan jatuh juga
dikenali sebagai prolaps yang menjadi ancaman utama bagi wanita.
Peranakan jatuh merupakan masalah yang
sering dihadapi ramai wanita. Ia berlaku apabila rahim turun atau jatuh
daripada kedudukan anatomi asalnya di aras tonjolan tulang iskium
(ischial spine).
Punca utamnya ialah kelemahan otot-otot
dan ligament-ligamen sokongan rahim serta lantai pelvis yang disebabkan
oleh beberapa perkara.
Wanita yang melalui proses kelahiran
lebih daripada empat kali sangat terdedah kepada risiko rahim jatuh.
Faktor lain seperti obesity, kurang bersenam, kekurangan tisu kolagen
sama ada sejak lahir atau disebabkan oleh monopous dan masalah
keabnormalan tulang belakang seperti ‘spina bifida’ juga mengundang
masalah ini.
Walaupun prolaps tidak mengancam nyawa,
namun keadaannya yang teruk boleh menjejaskan masalah pada hubungan
kelamin. Ini kerana masalah rahim jatuh ini ada kaitannya dengan maslah
Miss V yang longgar, kurang mencengkam atau dengan kata lain hilang
kenikmatannya kala melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Kelonggaran Miss V akibat kelemahan
otot-otot ligament boleh menyebabkan kekuatan untuk mencengkam dan
mengemut dalam proses hubungan seksual akan terganggu. Malah, hasil kaji
selidik mendapati wanita yang memilki lantai pelvis yang sangat lemah
biasanya menjadi punca kepada kurang kenikmatan seksual.
Sementara mereka yang mempunyai otot
yang sangat kuat sering mendapat orgasma yang berulang kali. Rahim jatuh
juga akan diiringi masalah lain seperti kawalan air kencing sehingga
menyebabkan seseorang itu mudah terkencing ketika batuk, ketawa atau
sebarang aktiviti menggunakan tenaga secara tidak sengaja.
Bagi mengatasi masalah ini, terdapat
pelbagai cara yang boleh dilakukan. Antara alternative terbaik dan
selamat yang boleh diamalkan ialah dengan melakukan senaman otot lantai
pelvis atau lebih dikenali sebagai senaman Kegel.
APAKAH SENAMAN KEGEL??
Adalah sejenis senaman yang paling baik
untuk mengetatkan kembali Miss V. ia telah dicipta oleh seorang doctor
ginekologi Amerika, Dr. Arnold Kegel pada tahun 1940-an. Senaman ini
pada awalnya membantu wanita hamil untuk mengawal pundi kencing dan
memudahkan kelahiran. Namun, senaman ini kini digunakan oleh lelaki
untuk menguatkan otot bagi kesihatan pinggul dan membantu meningkatkan
kawalan ejakulasi.
BAGAIMANA MELAKUKAN SENAMAN SEGEL???
Senaman otot lantai pelvis boleh
dilakukan dengan pelbagai cara sama ada duduk, berdiri, berbaring di
lantai mahupun beraksi dengan bola. Ia elok dilakukan tiga kali sehari
dengan anggaran 10 hingga 15 kemutan setiap kali. Ketika melakukan
senamanini, jangan kemutkan perut, pinggang atau otot punggung. Elakkan
juga mengetatkan dada dan menahan nafas ketika mengemut. Pastikan
andadalam keadaan tenang. Jika anda menggunakan oto yang salah ia akan
memburukkan masalah kawalan kencing yang anda hadapi.
TANDA-TANDA RAHIM JATUH :
# Terasa sesuatu keluar dari bahagian faraj
#Ketulan pada faraj
# Sakitpelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
#Sakit belakang
#Sakit semasa hubungan seks
#Pendarahan faraj selepas menopous
#Inkontinens kencing
#Sukar membuang air kecing / besar