
Perkataan B2B (body to body) amat
popular di kalangan mereka yang sering berkunjung ke rumah urut. Jika
dahulu,rawatan utama batin begitu popular sebagai ‘menu istimewa’ bagi
menarik perhatian pelanggan,kini B2B mengambil tempat. Malah ‘kegilaan’
terhadap perkhimatan ini juga membuatkan ramai yang sanggup menunggu
meskipun terpaksa berbaris panjang.
Bagi yang baru ‘berkenalan’ dengan B2B
atau juga dikenali sebagai urutan badan dengan badan, istilah ini
pastinya agak janggal pada pendengaran. Secara ringkas B2B adalah urutan
yang tidak membabitkan hubungan intim. Ia sebaliknya hanyalah tindakan
gesel-menggesel menggunakan tubuh si tukang urut tanpa seurat benang.
Dalam konteks hubungan suami
isteri,teknik B2B mungkin boleh dipraktikkan bagi menambahkan kehangatan
hubungan intim. Lari dari kebiasaan, teknik ini mungkin dapat
menyalakan kembali ghairah hubungan pasangan. Malah pasangan mungkin
‘kemaruk’ dan ‘ketagih’ untuk menikmati nya lagi sebaik merasainya buat
kali pertama.
Yang pasti, dalam hubungan suami isteri,
tiada yang mustahil dilakukan. Malah urutan yang dilakukan dengan
tujuan bercumbuan sebelum melakukan hubungan kelamin juga mempunyai
kesan tersendiri. Ini kerana urutan yang membabitkan sentuhan ‘istimewa’
biarpun hanya geselan mempunyai impak positif yang sangat menakjubkan..
Bermula dengan geselan, sentuhan dan
penerokaan ke seluruh daerah sensitif juga berlansung mulus. Faedah ini
bukan hanya boleh dinikmati oleh pasangan yang mengurut tetapi juga
kepada juga pihak yang diurut.
Lebih mengujakan apabila teknik urutan
secara geselan ini bukan hanya membuai dan mengasyikan pasangan tetapi
dalam masa yang sama turut membuat mereka hanyut dalam ‘kelemasan’.
Akhirnya kenikmatan hubungan intim yang sempurna dapat dirasai
bersama-sama.
BAGAIMANA MENGURUT PASANGAN?
Urutan adalah salah satu cara melakukan
foreplay. Bagi mewujudkan suasana tenang dan damai, cahaya lampu di
kamar tidak perlu terlalu gelap. Cahaya yang sedikit malap adalah sesuai
dan bisa mengundang suasana penuh romantis.
Urutan biasanya dimulakan pada bahagian
punggung dan kemudian naik ke pinggang. Selesai urutan di bahagian
tersebut, teruskan urutan seterusnya pada bahagian paha, betis dan kaki.
Tidak dilupakan juga bahagian kepala dan
leher. Urutan di daerah ini berupaya membantu pasangan berasa lebih
santai dan selesa. Bagi urutan erotik,cara urutan perlu ditukar kepada
teknik yang lebih lembut dan sensitif. Tamat urutan di bahagian badan,
luaskan penerokaan anda dengan menyentuh dan mengurut bahagian-bahagian
sensitif yang lain.
Perlu diingat, urutan asmara perlu
dilakukan dalam keadaan yang selesa dan tenang. Setiap bahagian yang
diurut juga perlu mengambil masa yang sesuai. Sebaik-baiknya, urutan
perlu dilakukan pada kedua-dua pasangan. Urutan ini boleh menambah
kemesraan dalam hubungan suami isteri.
MANFAAT URUTAN SEBELUM HUBUNGAN INTIM
1. URUTAN PADA SUAMI
Melakukan urutan pada bahagian kaki
suami memberi menfaat yang cukup besar dalam hubungan intim. Urutan
ringan di tumit yang kemudian menjalar ke seluruh bahagian kaki
dikatakan berupaya meningkatkan kecergasan sekali gus memberi kekuatan
luar biasa pada tenaga batin. Secara tidak langsung, stres atau tekanan
yang dialami sebelum ini beransur hilang.
2. URUTAN PADA ISTERI
Sebaik selesai melakukan urutan pada
suami, tibalah giliran isteri pula menerima urutan. Mulakan urutan
dengan menekan telapak kaki pada titik antara ibu jari kaki dengan
jari-jari lain. Ambil masa lebih kurang 10 saat pada setiap kaki
sebanyak 12 kali. Tekanan di titik ini dipercayai mampu mendorong dan
meningkatkan tenaga sewaktu berhubungan intim. Bagi menambahkan lagi
kesan sensual, gunakan minyak arometerapi sewaktu proses mengurut.