
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk
www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau
suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair (air
mazi atau air mani) yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini
adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim
(meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam
hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau
adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas
yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas
dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan
ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr.
Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka
menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan
perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri,
terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan
yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Dalil yang Menharamkannya
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan
suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini
Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain.
Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut
kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya
lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat
melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh
memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan
saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk
mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut
saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang
serius.
Kesimpulan
1. Hukumnya harus jika tidak menelan
cecair dari kemaluan. Ia akan menjadi haram jika menelan air daripada
kemaluan tersebut kerana air mazi adalah najis.
2. Hukumnya harus jika ia benar benar
perlu bagi menjaga kesejahteraan keluarga seperti ketidakpuasan seksual.
Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya penzinaan akibat ketidakpuasan
seksual.
3. Jika boleh dielakkan sahaja, namun jika ia diperlukan untuk kepuasan suami isteri, ia dibolehkan.