
Malam Jumaat merupakan istilah nakal
yang terkenal untuk menggambarkan keindahan malam berkenaan bagi sesuatu
pasangan yang sudah berumahtangga. Sama ada lama atau baru
berumahtangga, petua-petua Malam Jumaat berikut perlu diberi perhatian
supaya perhubungan anda sentiasa segar dan bermakna untuk dipraktikkan
pada malam berkenaan.
Urut Pasangan Anda.
Wanita sangat suka disentuh, apalagi jika diurut…Sentuhlah lehernya yang tegang setelah ia berpenat lelah seharian menguruskan rumahtangga. Teruskan dengan menyentuh lengannya, punggung serta kaki dan jemarinya. Berikan urutan yang ringan. Sememangnya pasangan anda tidak memerlukan sangat urutan yang menggoda, tetapi dengan cara itu anda membuktikan perhatian anda kepada pasangan anda tidak pernah luntur.
Bersuara Tapi Tidak Berlebihan.
Bersuaralah ketika anda mengalami
orgasme, jangan tahan atau kawal suara kenikmatan anda. Menurut kajian,
wanita atau lelaki amat gemarkan pasangan mereka merintih-rintih taktala
mengalami puncak kenikmatan hubungan seksual. Mereka akan merasa puas
dan berterima kasih kepada pasangan atas “khidmat” yang diberikan
Matikan Lampu.
Jika mematikan lampu bukan bermakna anda
tidak tertarik kepada pasangan anda. Buka jendela Anda dan biarkan
terang bulan menyinari kamar anda. Suasana remang-remang di dalam kamar
yang menonjolkan lekuk-lekuk tubuh anda dan pasangan mungkin akan
memberikan berahi yang berlainan kepada anda berdua. Tetapi awas, jangan
sampai ada orang mengintai di celah jendela anda..:)
Jam Loceng.
Bangunkan dia dengan ciuman di bibir
atau daerah sensitif lainnya pada keesokan hari sebagai pengganti alarm.
Sebuah cumbuan akan membuat ia lebih bersemangat mengharungi hari itu!
Perlahan-lahan.
Seelok-eloknya, bersantai dahulu bersama
pasangan anda diatas katil sebelum berangkat mandi. Gurauan-gurauan
sensual dan penuh kehangatan akan membuatkan anda terus menyemarakkan
benih cinta antara anda berdua. Sebaik-baiknya anda mandi bersama dengan
pasangan dan pastinya anda dan pasangan akan mengharungi hari Jumaat
tersebut dengan penuh makna.