
Pil Perangcang merupakan kaedah
alternatif yang digunakan bagi mengelakkan kehamilan. Walau bagaimanapun
terdapat kesan-kesan daripada pengambilan pil tersebut. Jom ikuti kisah
benar di bawah.
Nadia merupakan ibu kepada tiga anak.
Sejak beberapa bulan lalu, dia mengambil pil perancang sebagai langkah
mencengah kehamilan. Sejak mengamalkan pengambilan pil tersebut Nadia
dapat merasakan perubahan ketara pada dirinya. Dia bukan saja berasa
dingin malah ada kalanya tidak berminat langsung mengadakan hubungan
intim dengan suaminya.
Memikirkan masalah ini Nadia begitu
runsing. Dia cuba untuk menghentikan pengambilan pil tersebut namun
dalam masa yang sama bimbang jika hamil lagi. Sebolehnya dia ingin
menjarakkan kehamilan seterusnya memandangkan ketiga-tiga anaknya masih
kecil. Apatah lagi sebelum ini dia langsung tidak mengamalkan sebarangan
pencegahan kehamilan. Persoalannya di sini adakah pengambilan pil
perancang menjadi penyebab kepada dinginnya hubungan intim????
Merungkai persoalan ini, Pakar Runding
dan Perbidanan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang, Selangor, Dr. Suhaimi
Isa memberikan jawapan.
Menurut Dr Suhaimi, pendapat yang
mengatakan pengambilan pil perancang adalah penyebab dinginnya masalah
hubungan intim mungkin tidak benar. Ini kerana libido atau kemahuan
melakukan hubungan intim mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan emosi
seseorang pada waktu itu. Dalam keadaan ini, emosi memainkan peranan
yang sangat penting dalam proses hubungan intim. Jika hendak
dibandingkan dengan perubahan kecil hormone testosterone (akibat
pengambilan pil perancang), pastinya emosi lebih memainkan peranan.
“Tidak dinafikan, pil perancang boleh
menyebabkan keinginan untuk melakukan hubungan intim sedikit ‘merosot’.
Malah ia juga boleh mengurangkan produksi testosteran yang juga
merupakan hormone penting bagi lelaki dan wanita. Dalam pada itu,
hormone estrogen juga menyebabkan protein sex hormone binding globulin
yang mengikat dan menyebabkan testosterone berkurangan,” jelasnya.
Bagaimanapun, apa yang pasti, menurut Dr
Suhaimi, pengambilan pil perancang tidak sekali-kali menjadi penyebab
utama hubungan intim menjadi dingin. Dinginnya hubungan inti pada
seorang wanita mungkin disebabkan stress kerana sibuk menguruskan anak
terutamanya bayi yang masih kecil dan menyusu badan.
Dalam pada itu, perubahan fizikal yang
ketara seperti perubahan bentuk badan juga turut menyumbang kepada
masalah ini. Malah masalah kemurungan dan tubuh yang lesu juga boleh
menjadi penyebab kepada dinginnya keseronokkan mengadakan hubungan
intim.
Justeru, katanya, alasan pil perancang
menjadi penyebab wanita tidak lagi berminat untuk bersama dengan suami
adalah tidak benar. Realitinya, mungkin ramai yang tidak mengetahui atau
menyedari bahawa kaedah pencegahan menggunakan pil perancang sebenarnya
memberi kesan positif kepada hubunagn intim. Ini kerana ia mampu
meningkatan keseronokkan kerana pasangan tidak perlu bimbang akan
berlakunya kehamilan tanpa dirancang.
Sebagai cadangan kepada alternative lain
mencegah kehamilan, wanita juga disarankan untuk menukar pil hormone
kepada alternative lain seperti kondom atau IUCD. Atau jika ingin
mengambil pil, mereka disarankan bertukar kepada pil yang mengandungi
hormone estrogen dan progesterone yang rendah.
“Perlu diingat, jangan sebarangan
menghentikan pengambilan pil perancang ini serta merta tanpa berjumpa
atau mendapatkan nasihat daripada doctor. Dikhuatiri tindakan ini boleh
mengundang bahaya atau risiko yang tidak terduga.”
PIL PERANCANG PENYEBAB MASALAH BERAT BADAN???
Bagaimanapun, menurut beliau, tanggapan
bahawa pil perancang menyebabkan berat badan seseorang wanita itu
meningkat mungkin ada kebenarannya. Bagaimanapun, untuk pil pada zaman
moden ini tanggapan tersebut mungkin tidak begitu releven. Ini kerana
pil perancang pada zaman ini mengandungi rumusan yang lebih berkualiti
dan mempunyai fungsi yang pelbagai.
Malah, lebih istimewa, ia juga memberi
manfaat lain di mana membantu mengurangkan gejala prahaid senggugut. Di
samping itu, ia juga mampu memeilhara kulit wanita supaya kekal cantik,
sihat dan anggun sentiasa.
KEBAIKAN PIL PERANCANG
- Mencegah kehamilan
- Rawatan haid yang tidak menentu
- Mencegah risiko kanser ovary dan pangkal rahim