
Bagaimanakah caranya, petua, rahsia, kaedah, teknik atau makanan untuk suburkan air mani
suami ini? Memang penting untuk suburkan air mani suami. Ini kerana
dengan memiliki air mani suami yang subur mampu menyumbang kepada zuriat
yang baik dan sihat. Kadangkala suami menghadapi masalah air mani yang
kurang subur, maka dengan itu pancutan air mani suami kurang padu dan
air mani tidak aktif. Keadaan ini menyebabkan pasangan gagal mendapat
zuriat.
Berikut dikongsikan bagaimana amalan pemakanan dan makanan untuk suburkan air mani suami yang boleh diamalkan oleh suami agar mendapat air mani yang aktif dan subur.
Buah betik kaya dengan vitamin C dan
merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah
betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan
kesuburan sperma. Dengan mengamalkan selalu makan buah betik dapat
memberikan kesan baik untuk suburkan air mani suami. Kepada mereka yang
lama berkahwin tetapi gagal mendapat zuriat boleh mencuba petua ini
untuk suburkan air mani.
Kekurangan vitamin C dalam badan boleh
menyebabkan ketidaksuburan sperma. Oleh itu, langkah terbaik untuk
meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah
betik dalam diet harian. Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari
amat perlu untuk lelaki dewasa. Oleh yang demikian untuk suburkan air
mani suami ini, suami haruslah memastikan untuk kandungan vitamin C
mencukupi dalam badan seharian.