Friday 27 November 2015

Cara Mencantikan Payudara

 


Payudara merupakan antara aset terpenting buat seorang wanita. Mempunyai payudara yang tegang dan cantik menjadi setiap idaman wanita, namun tidak semua wanita memperolehi sifat payudara yang sedemikian. Oleh itu, seseorang wanita yang ingin mempunyai payudara sedemikian perlulah berusaha sebaik mungkin untuk mendapat payudara yang cantik dan sempurna. Berikut adalah beberapa petua orang tua dan langkah-langkah yang boleh diamalkan untuk tujuan tersebut.

Petua Mencantikkan Payudara

Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam. Lap sehingga bersih. Petua 2 Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Sapukan disekitar payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.

Petua Menegangkan Payudara
 
Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. 1) Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.
Menurut orang tua yang memberikan petua ini, petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan. Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu. Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu. Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Memerahkan Puting Yang Lebam
 
Puting payudara yang kelihatan lebam dan hitam dapat dikembalikan kepada warna asal. Ambil 3 helai sireh dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna merah. Perah air sireh ini dan sapukan di sekitar puting . Lakukan setiap malam sehingga berhasil.


Memulih Puting Dari Retak-Retak
 
Untuk memulihkan retakan pada puting, ambil minyak kelapa hijau dan campurkan sedikit halba. Sapukan pada hujung puting anda. Jangan lakukan ketika menyusu anak


Anda juga disyorkan menggunakan produk Sabun Payudara untuk pembesaran dan juga kecantikan payudara anda. Klik sini untuk maklumat lanjut tentang produk Sabun Payudara